Sunday, February 20, 2011

Trilogi Cinta...


Aku tengah layan cerita neyh...dah lama cerita neyh bersiaran d tv1...semenjak 2 Januari 2011 ag tp br skrg aku nak share psl drama neyh...aku x isah...tetap gak nak story gak psl drama neyh kat cni...da masuk episod ke 22 da...da sampai episod yg tengah2...sbb story neyh ader 40 episod wokeh...jalan cerita yg da sampai ke part klimaks...

Aku suker sgt plot ceritanyerr...sangat menyentuh emosi, menyayat hati dan meruntun jiwa kepada sesape yg btol2 mengamati...mendalami cerita ini...aku kalu tgk cerita mmg selalu emo...mudah tersentuh..hehehe...bc novel pown gtu gak...hahaha....

Ekceli drama neyh diadaptasi dr novel cinta `Tak Seindah Mimpi', 'Tak Semanis Impian' & 'Tiada Lagi Mimpi'....karya penulis terkenal Sharifah Abu Salem...ketiga2 novel ini ader dalam simpanan aku...aku masih bole ingat jalan ceritanyerrr...mmg penulis novel berjaya memabawa aku masuk skali dalam pengembaraan alam penceritaanyerr...mmg d best ar...mmg x salah pilihan mengangkat novel ini djadikan drama.

Kepada sesiapa yang belum tau meh cni aku bgtau serba sedikit sinopsis cerita neyh...Trilogi cinta merupakan perihal cinta tiga seni antara Razif (Rosyam Nor), Salmi (Amyza Adnan) dan Norjinah (Fauziah Ghous).

Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi yang berlaku selepas tamat peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi dan dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar. Perkara itu dicadangkan oleh abangya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif. Razif merupakan pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.

Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu. Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi ditinggalkan oleh Amir selepas terlibat denan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.

Salmi yang menjadi serba salah dan kekurangannya telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah. Tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka keran dia telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin keran telah terlanjur. Norseha, adik Norjinah pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha pula selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.

Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalu menyokongnya serta tidak ketinggalan anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya. Lalu bagaimanakah kesudahannya?? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang?? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah??

Sama2lah kita saksikan di tv1 setiap hari Ahad, Isnin dan Selasa pada pukul 10-11pm. Mari sama2 menyokong drama tempatan kte...huhu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...